Makalah Jujur
PEMBAHASAN
2.1
Pengertian Jujur
Jujur bermaksud
lurus hati, tulus, ikhlas, suci hati dan apa jua perkataan yang mempunyai
maksud yang sama dengannya. Ia juga boleh dihuraikan sebagai keselarasan antara
yang terucap dengan kenyataan. Contoh yang paling tepat bagaimana perkataan
jujur itu boleh didefinisikan ialah apabila wujud sesuatu berita, ia sepadan
dan sesuai dengan keadaan yang ada, maka dikatakan berita itu jujur, tetapi jika
berlaku sebaliknya, maka berita itu dikatakan dusta.Sifat jujur itu juga bukan
hanya ada pada ucapan tetapi ia juga ada pada perbuatan, sebagaimana seseorang
yang melakukan suatu perbuatan, tentu sesuai dan sama dengan apa yang ada di
dalam hatinya. Lawan kepada sifat jujur ialah riya’, takabur, sombong, bangga, tinggi diri, congkak dan
besar diri (Kamus dewan 2005).
Nabi Muhammad
SAW menyarankan umatnya agar sentiasa berlaku jujur kerana kejujuran merupakan
dasar kepada akhlak yang mulia yang akan memandu pemiliknya kepada akhlak tersebut. Sebagaimana yang dijelaskan oleh nabi yaitu sesungguhnya kejujuran membawa kepada kebajikan. Kebajikan adalah
segala sesuatu yang meliputi makna kebaikan, ketaatan kepada Allah dan berbuat
baik kepada sesama manusia. Sifat jujur juga merupakan tanda kesempurnaan iman
dan takwa seseorang itu kerana orang yang jujur akan mendapat kedudukan yang
tinggi di dunia dan di akhirat serta mencapai derajat orang-orang
yang mulia dan selamat dari keburukan.
2.2 Konsep
Jujur Menurut
Islam
Sifat jujur itu
asalnya ialah dari hati yang tulus dan ikhlas. Justru hati yang menjadi salah
satu anggota tubuh badan manusia yang menjadikan setiap gerak-gerik dan tingkah laku manusia.[1]
Jika hati itu bersih maka apa juga yang
dilakukan akan mendatangkan kebaikan. Begitu juga sebaliknya, jika hati
manusia itu kotor maka apa jua yang dilakukan akan mendatangkan keburukan.
Perlu diketahui bahawa konsep kejujuran itu memiliki beberapa peringkat. Dalam
Islam, ia adalah sesuatu yang sangat penting di mana sekiranya konsep ini
terlepas dari pandangan dan pegangan manusia itu maka akan hilang keberkatan
dan kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Pertama,
jujur dalam setiap percakapan. Setiap hamba Allah wajib menjaga percakapannya
iaitu mesti bercakap dengan jujur dan tidak boleh bercakap dalam bentuk
menyindir kerana kesempurnaan perkataan yang jujur adalah menjaga perkataan
yang menyindir. Ada yang mengatakan bahawa kata-kata sindiran merupakan laluan
alternatif untuk berdusta kerana kata-kata sindiran itu sama seperti berdusta,
namun ia perlu dilakukan hanya ketika ia sangat perlu sahaja. Contohnya ketika
dalam keadaan menuntut sesuatu maka harus diucapkan dengan menggunakan
kata-kata sindiran seperti dalam mendidik anak dan keluarga, menjaga diri dari
kezaliman, memerangi musuh, menjaga rahsia dan juga ketika menuntut hak
seperti hutang dan sebagainya. Hal ini tidak dikira sebagai dusta.
Kedua, jujur
dalam niat dan kehendak. Hal ini kembali kepada keikhlasan iaitu tiada
pendorong lain baginya dalam perbuatan dan percakapannya kecuali kerana Allah
SWT. Sekiranya keikhlasan itu berubah oleh kerana ia didorong oleh kesenangan
diri maka terbatal segala kejujuran niatnya sebelum itu.
Ketiga, Jujur dalam tekad iaitu keinginan yang kuat dan teguh. Orang yang jujur
dalam hal ini adalah orang benar dan kuat azamnya dalam pelbagai kebaikan
dengan tekad yang sempurna. Di dalam hatinya tiada kelemahan dan keraguan malah
dirinya sentiasa pemurah dengan tekad yang kuat terhadap pelbagai perkara yang
menjurus kepada kebaikan.
Contohnya orang yang menyatakan “ Jika Allah memberikan rezeki harta kepadaku
maka aku akan sedekahkan separuh daripadanya”. Jika Allah memberikan kekuasaan
kepadaku maka aku akan berlaku adil dan aku tudak akan berbuat maksiat kepada
Allah dengan melakukankezaliman dan cenderung kepada makhluknya”. Dengan
demikian itu, kejujuran dalam tekadmerupakan kemurahan dirinya terhadap
niatnya.
Keempat, jujur dalam menepati janji. Kadang-kadang manusia sememangnya bermurah
hati dengan tekad yang kuat kerana disebabkan tiada kesulitan yang dihadapi
dalam menunaikan janji dan tekad. Tetapi apabila ia terjadi dan nafsu mula
membara, maka tekadnya semakin kurang dan nafsu akan menguasai. Maka janji
sudah tidak sesuai dengan tekad dan ia bertentangan dengan tekad kejujuran.
Kelima, Jujur dalam pekerjaan iaitu berusaha supaya amal zahirnya menunjukkan
atas perkara sebenar apa yang ada di dalam hatinya. Sesiapa yang berdiri dalam
keadaan khusyuk dalam solatnya supaya orang lain melihatnya maka sesungguhnya
ia berdusta. Oleh itu konep jujur itu tiada akhirnya kecuali setelah kita
kembali kepada Allah. Ada hamba Allah yang jujur dalam sesuatu perkara tetapi
tidak jujur dalam sesuatu perkara yang lain. Jika ia jujur dalam semua hal maka
itulah yang disebut jujur yang sebenarnya.
2.3 Prinsip Jujur Menurut Islam
Sejak kecil kita telah dididik oleh ibu bapak kita supaya
sentiasa jujur dalam setiap perbuatan kita. Hal ini kerana kejujuran merupakan
tangga teratas daripada keseluruhan amalan hati dan akan memimpin kita ke arah
kebaikan. Selain itu, kejujuran dan keimanan harus berjalan seiring
kerana jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad Saw
bersabda yang bermaksud :
“ Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kebenaran dan kejujuran itu
bakal memimpin seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan itu pula akan menyampaikan
seseorang itu ke syurga. Seseorang itu sentiasa tetap degan kebenaran dan
perilaku yang benar serta berusaha mencarinya sehingga ditulis di sisi Allah
SWT sebagai orang yang suka berlaku benar “. (H.R. Bukhari dan Muslim )
Allah SWT telah memerintahkan kepada semua hambanya supaya menanam sifat jujur
di dalam diri masing-masing dengan menjadikan Rasulullah Saw sebagai “role
model”. Seperti mana yang kita sedia maklum, para nabi dan rasul sentiasa
berlaku jujur dan berkata benar sesuai dengan tugas mereka untuk menyampaikan
dakwah kepada seluruh umat manusia. Bersifat jujur kepada Allah dan rasul
merupakan perkara yang paling utama untuk memperoleh keberkatan hidup di dunia
dan akhirat. Jujur kepada Allah dan Rasul bermaksud mereka beriman kepada Allah
dan Rasul dengan sebenar-benar iman. Segala amal kebajikan dan ibadah
mereka adalah ikhlas kerana Allah Taala. Orang yang jujur kepada Allah dan
rasul lazimnya berasa malu untuk meninggalkan perintah Allah serta melakukan
kemungkaran.
Jelas, kejujuran amat penting dalam kehidupan individu muslim. Islam amat
menggalakkan umatnya agar sentiasa bersikap jujur dan menjauhi dusta dan tidak
amanah kerana ia merupakan sifat yang tercela dan hanya membawa kepada
perpecahan. Marilah bersama kita menanam sifat jujur dalam diri
kita. Hakikatnya, tidak susah untuk jujur jika kita mempunyai keberanian
yang tinggi di dalam diri. Memang berlaku jujur itu amat pahit pada permulaan,
namun ia mampu membuahkan kemanisan untuk selamanya. Maka dengan itu, berkata
benarlah walaupun ia pahit.
2.4 Kehidupan dalam Konteks Islam
Menurut
Hassan98 (1999), Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intimai Li
al-Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori
manusia.Kategori pertama adalah golongan yang hidup hanya untuk dunia
semata-mata. Mereka dinamakan
sebagai golongan Ad-Dahriyyun.
Kategori
kedua adalah golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah
bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT
dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat
kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan hari
kiamat tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan
dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya
berfahaman kebendaan (meterial) walaupun kadangkala mereka melakukan
kerja-kerja yang berbentuk kerohanian. dan Allah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا
مَعَ الصَّادِقِينَ (119)
Artinya: “Hai orang-orang yang
beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang
benar.” (Surah At-Taubah : 119)[2]
Kategori
ketiga adalah golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman
untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini
benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta
memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirah. Seperti firman Allah
SWT:
Artinya: Allah berfirman:
"Ini adalah suatu hari yang bermanfa'at bagi orang-orang yang benar
kebenaran mereka. Bagi mereka surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai;
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Allah ridha terhadapNya [457][3].
Itulah keberuntungan yang paling besar". (Surah Al-Maidah ayat 119)
Mereka yang
benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati
Allah SWT dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan,
kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada jalan Allah SWT.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (2011) didalam kitab Fathul Rabbani telah mewasiatkan,
“Seorang mukmin akan beramal untuk dunia dan akhiratnya. Ia beramal untuk dunianya sekadar sebagai bekal untuk memenuhi keperluan hidupnya. Ia menerima apa adanya seperti bekal seseorang yang naik kenderaan, yakni dia tidak dapat membawa bekal yang banyak”.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (2011) didalam kitab Fathul Rabbani telah mewasiatkan,
“Seorang mukmin akan beramal untuk dunia dan akhiratnya. Ia beramal untuk dunianya sekadar sebagai bekal untuk memenuhi keperluan hidupnya. Ia menerima apa adanya seperti bekal seseorang yang naik kenderaan, yakni dia tidak dapat membawa bekal yang banyak”.
Secara
kesimpulannya, kehidupan yang hakiki dan kekal selama-lamanya adalah
kehidupan diakhirat. Itu adalah kemuncak kehidupan seseorang muslim atau
bukan muslim, beriman atau tidak beriman. Negeri akhirat ini menjadi
destinasi yang terakhir diibaratkan seperti suatu pulau yang setiap manusia
menaiki bot untuk menuju kearahnya.
2.5 Contoh Sifat Jujur Dalam Kehidupan
2.5.1 Kehidupan sebagai seorang
pelajar.
Menuntut
ilmu adalah perkara yang dituntut di
dalam Islam
dan menjadi satu kewajipan terhadap seluruh umat manusia. Islam
meningkatkan martabat orang yang menuntut ilmu. Dari Anas r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu itu disisi
orang yang tidak ahlinya seperti memberikan rantai permata, mutiara dan emas ke
leher babi. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Seorang
murid ketika belajar harus berperilaku jujur akan menumpukan sepenuh
perhatian, hormati guru, dan tidak menggangu rekan sekelas. Semasa
menghadapi peperiksaan, mereka tidak meniru atau menipu untuk menjawab kertas
soalan atau memplagiat kerja kursus bagi mencapai hasrat mereka sendiri.
2.5.2 Kehidupan sebagai seorang
pekerja
Bagi
seorang pekerja, mereka diperlukan juga adanya kejujuran. Misalnya seorang
pekerja ini menjadi karyawan bagian keuangan. Maka sangat diperlukan adanya
kejujuran itu.
2.5.3 Kehidupan didalam sebuah
keluarga.
Dalam menjalin hubungan persefahaman didalam sebuah keluarga, suami dan isteri
harus jujur dengan sikap masing-masing. Mereka perlu jujur dengan
menghadapi cabaran dan pelbagai dugaan kehidupan. Suami isteri perlu
ikhlas menerima takdir pasangan masing-masing kerana takdir jodoh adalah
ketentuan dari Allah sejak azali lagi.
Bagi suami yang bergelar bapa dan isteri sebagai ibu, mereka perlu menjadi
contoh dan teladan kepada anak-anak mereka. Segala percakapan dan
komunikasi mereka diantara satu sama lain perlulah jujur dan memohon maaf
andaikata tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan kepada mereka.
Sebagai contoh jika ada seseorang mencari ibu atau bapa, kita lebih mudah
mengatakan bahawa ibu atau bapa tiada di rumah terhadap anak kita.
Seolah-olah mengajar anak-anak bersikap tidak jujur. Selain itu, bapa
atau ibu janganlah terlalu mudah membawa sebarang peralatan yang diambil dari
tempat kerja untuk digunakan di rumah. Sedikit sebanyak akan mempengaruhi
anak-anak bahawa tidak mengapa jika mengambil barang dengan tanpa meminta
kebenaran terlebih dahulu.
Sebagai
seorang keluarga didalam muslim, perkara yang perlu diingatkan adalah dengan
menamkan sifat ikhlas dan jujur didalam keluarga.
2.5.4 Kehidupan sebagai seorang
pemimpin didalam masyarkat
Nabi S.A.W. bersabda,
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman
dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan
mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan
darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).
Islam menitikberatkan sifat jujur dikalangan individu yang memimpin
masyarakat. Ini adalah kerana mereka diberi tanggungjawab dan amanah yang
sangat tinggi sebagai mewakili suara masyarakat untuk diberi pembelaan.
Sebagai contoh seseorang yang digelar wakil rakyat. Mereka seharusnya
terus berkhidmat memastikan segala permasalahan rakyat dapat
diselesaikan. Mereka harus memastikan keperluan rakyat dapat diisi dan
keselamatan rakyat harus dijaga. Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari
beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang
keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan
mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat
nanti.”(HR Abu Daud dan at-Tirmidzi )
BAB III
KESIMPULAN
` Sifat jujur juga merupakan sifat mulia yang menunjukkan kesesuaian
antara kebenaran dengan apa yang diucapkan atau dilakukan oleh seseorang.
Banyak di jumpai dalil dari Al Qur’an dan Hadis yang membicarakan dan
mengutamakan masalah kejujuran dalam kehidupan. Orang yang
berperilaku jujur akan senantiasa mendapat kepercayaan dari orang lain.
Orang lain akan merasa tenteram dan aman bersama orang yang berperilaku
jujur. Sedangkan orang yang berperilaku sebaliknya akan sentiasa di jauhi
oleh orang lain. Orang lain akan sentiasa merasa was-was bersamanya.
Orang mukmin harus menjadikan sifat jujur sebagai pakaian walau
dimana pun atau waktu bila ia berada.
[1]
Profesor Dr.
Muhammad Abdul Latif. 2012. “Pengertian dan hakikat jujur
menurut Islam”
http://hikmah-kata.blogspot.com/2012/09/pengertian-dan-hakikat-jujur-menurut.html.
http://hikmah-kata.blogspot.com/2012/09/pengertian-dan-hakikat-jujur-menurut.html.
[2] Surah Tashih dari Lajnah Pentashih
Mushaf. 1993. PT. Citra Efhar, Semarang.
(400)
[3] [457]. Maksudnya: Allah meridhai segala perbuatan-perbuatan
mereka, dan merekapun merasa puas terhadap ni'mat yang telah dicurahkan Allah
kepada mereka
Komentar
Posting Komentar